Friday, July 31, 2009

antara KL dan Putrajaya

ini analogi kawan aku:

"aku suka KL..biarpun orang kata KL sesak, jam, bohsia, rempitan dan PATI. aku tetap suka."
Aku diam. Terus aku fikir apa yang aku tak nampak pada KL selain apa yang kawan aku cakap.

Laju dia menambah "Aku memandang KL sepertinya seorang lelaki sepertinya putrajaya juga. Putrajaya indah seperti abang2 hensem..metrosekual..kadang macam abang abang ustat."

Lekas aku terbayang, macam ustat? Tang mana? Goatie ke..sama macam Putrajaya? Agaknya kubah kot?

sebelum sempat aku mengomel dia sambung lagi "KL offers many sides..seperti seorang lelaki yang tidak handsome tapi ada banyak cerita terkandung dalamnya dadanya"

"agaknya lelaki tak hesnem tu macam mana? Buruk?" Tanya aku.

"bukan la..macam abang abang melayu kampung, tak hensem tapi sweet..tak jemu mata memandang." Jawabnya bingkas.

Otak aku terus melayang mencari imej lelaki kampung.
"bukan yang metrosex tau." kata kawan aku memberi panduan.
"macam mana?"aku tanya.

"macam zul zuhaimi..ala yang dalam rempit tu." jawab dia.

"farid kamil?"

"bukan zul zuhaimi.muka abang abang melayu" tegasnya.

aku angguk perlahan.semacam tahu."jadi KL ni macam abang abang melayu?"

"iya..kau tengok..kl bila pagi..jalan jammed..bingit la..orang berpusu pusu. malam ok..keta tak banyak. nyaman." kemudian dia tambah lagi "ko tengok choket..cam syia..busuk..low class tapi bila kau pergi pavilion..klcc..midvalley..bangsar..ada kelass. macam aku cakap Kl ada banyak sides. seperti seorang lelaki matang..ada banyak sides. ada sedih ada ceria ada hina ada sejarah ada segala gala seperti mana yang aku mahu dari sorang lelaki. ada cerita terkandung dalam dada bidangnya. dan pada dada itu aku mahu tidur"

Aku tak terkata apa. sambil mengangguk aku terus memikirkan. kalau Putrajaya lelaki hensem. KL abang abang melayu. "Cyberjaya macam mana?"

"cam perempuan monopos" jawab kawan aku. aku lagi tak faham tapi riak aku, buat buat faham. sebab jam dah pukul 6.00 aku nak balik.

4 comments:

  1. hahahaha..aku agree tang statement cyberjaya tu..

    ReplyDelete
  2. really..aku tak faham..tapi setengah jam lecture dari kawan aku..faham dah aku

    ReplyDelete
  3. aku boleh paham apa yg kwn kau nak smpaikan tu..Kl ada byk sides..ada side tertentu yang aku suka pada KL berbanding tmpt lain..

    ReplyDelete
  4. aku pun suka kl..cuma tak faham kenapa some sides dah ada barah masih tak dirawat?

    ReplyDelete