Tuesday, December 14, 2010

kalau aku pun pelik juga

kadang kadang aku rasa ingin 'hilang' terus dari dunia ini. dalam masa yang sama tertanya tanya kenapa aku mahu 'hilang' . mungkin aku rasa sunyi, mungkin aku rasa tidak disayangi, tapi aku punyai keluarga dan kawan kawan dan mungkin juga orang yang mencintai aku tanpa aku sedar atau buat buat tidak sedar.

aku memang tidak pandai menyayangi dan pelik juga pada aku, aku rasa aku tak pandai menyayangi diri sendiri. walaupun kata orang pelik tapi aku sendiri tak pasti macam mana aku hendak sayang kepada diri sendiri. perkara ni bukan lah besar namun bila aku sedar aku perlu @ harus menyayangi orang yang menyayangi aku. aku buntu kerana kasih sayang dalam diri sendiri pun tidak sebegitu besar.

bila ada aku rasa ada orang lain cuba menyayangi aku,aku buntu dan akan lari. pada aku biarlah aku berkembang dulu dan belajar sayang pada diri dulu. pelik eh? aku akan rasa lemas bila aku rasa ada orang nak rapat nak sayang, atau ini tanda aku tak sayang atau ambil kisah mengenai orang lain dalam erti kata lain aku terlalu sayang pada diri sampai tak ada ruang orang lain boleh masuk atau aku memang tak pandai dalam bab kasih sayang?

jadinya aku sekarang dalam mode jiwa kacau. macam haram. cepat stress. apa lah solution nya?
sumpah tak tau. mungkin aku akan jadi macam ni sampai bila bila or mungkin sampai esok. or it just 'the time of the month' adoi kalah orang perempuan datang bulan ni.

nota : 2011 nak belajar sayang diri. all about me. pleasing people is not a joy anymore.



Friday, May 07, 2010

Merba Caca

FB pembunuh idea memblog aku.dah lama tak update.semua 'akal-akal' kecil atau pendapat aku tersalur terus ke dalam muka buku. sudahla tu ada pulak pelbagai games dan kuiz.pakej lengkap hiburan. fb is the digital drugs and im soo addicted to it. nota : perlu rujuk pakar jiwa.

Gembira.kegembiraaan. mungkin orang lain dah lama tahu.tapi semalam aku baru sedar dan tahu.kegembiraan adalah satu pilihan. kalau translate dalam english "being gay is a choice" ah choii..bukan gay lah..happiness..being happy is truly a choice.so choose to be happy people. aku baru nak melangkah dalam dunia yg penuh riang ria. mungkin lagu laskar pelangi patut jadi lagu iringan. nota : satu pilihan yang agak sukar.

Kerisauan. Risau. kerisauan bagai tiupan angin yang melalui celah bayang bayang buluh - chinese prover dan kita tidak dilahirkan dengan kerisauan jadi berhenti lah dari menambah kerisauan dalam hidup. jangan ragu ragu kata Nike " buat saja" dan "anxiety is the great modern plague" Dr smiley Blanton.
nota: risau betul..macam mana nak hapuskan risau..pakai ridsect or clorox?


Tuesday, January 05, 2010

ini baru haru..

"mak mak..susah la semayang lima waktu ni..orang nak jadi kistien la..senang..dorang pun sembah ALLAH gak..pastu kitab pun dalam bahasa melayu..tak susah belajar arab"

"mak..sekarang orang dah jadi kistien..ala mak toksah risau..orang pun sembah ALLAH gak.."

haru eh?

Wednesday, December 30, 2009

caca merba

"rumah terbuka krismas satumalaysia...bla bla..semua dijemput hadir bersama rakan rakan mereka" as heard di radio..semua dijemput hadir..kenapa perlu ada lagi bersama rakan rakan mereka?duh..semua ialah nama orang?

baru nonton cerekarama tv3 - nizam kambing..comel sangat drama ni..mula mula malas nak tengok but lama lama melekat la pulak..ini contoh drama yang tak ada apa sangat nak story tapi ada commercial value..oh hai encik prof..

af8 nak datang dah..encik abu dah demam?**photstat borang kelas vocal dengan juliza adlizan.

mystarz LG - azmeer tak relevan la mamat ni..bagi comment yg tah paper..pastu perseta pun cam babun kena belacan syok2 sendiri..lebih baik tgk idola kecil..**vote for dayana!btw pakaian host minggu lepas..lucahlah..cant the pant be more tight? the bon bon and the bonj wayyyy to terlebih sudah..althou sangat panas..**nota terima kasih en idlan yg membuat aku notice..cis.

bila si artis komen si pemimpin - lawak sungguh situasi ni..si pemimpin maksum dimata pengikut..si artis dikeji..mana la dorang belajar pasal artis tak boleh tegur@komen orang..mampus p dia pelacur sekali pun..sekali dia ajar alif ba ta kat hang..dia tetap taraf guru..plus..mana p spirit "berpesan pesan la kamu kearah kebaikan" and they called them selves islamic..ya rite..
nota : kebenaran tetap kebenaran..walau belajar dari kambing sekalipun..

raja i mean pengkhianat petra - and now you againts raja raja melayu plak?..welcome to republic tanah melayu?..yeeeeehaaaa

Friday, October 02, 2009

Tata Cara Melawat

Kalau tahun lepas aku bermasalah dengan tetamu 'tak di undang' ni.tahun ini pon sama la jugak.tetap bermasalah. aku tak faham apa yang susah sangat nak telefon sebelum datang. telefon masing masing tahap gaban, bukan setakat boleh call,buat magic pon boleh. (qoute Pondan2 UIA : guna telefon : to telefon Allah). kredit tak der? wah dalam satu kereta tu takkan takder kredit ni? kerja hebat2 belaka. taraf pendidikan tahap dewa. jadi apa masalahnya? iya satu masalah saja : tak reti nak hormat orang.

makanya ini lah senarai tatacara sebelum kita datang melawat ke rumah orang/sedara mara/kawan-kawan, ada lapan semuanya. mulakan!

satu : CALL SEBELUM DATANG!
dua : TELEFON SEBELUM DATANG
tiga : AMBIL TELEFON DAN DAIL SEBELUM DATANG
empat : SMS SEBELUM DATANG
lima : MMS SEBELUM DATANG
enam : MESEJ SEBELUM DATANG
tujuh : CALL DAN SMS SEBELUM DATANG
lapan : do i have to repeat? dun tink so!


kenapa perlu call sebelum datang?

satu : rumah aku tak ada pari2 yang magically turned barn into castle.
dua : mungkin aku tak ada dirumah.pastu ko yang dah drive seribu KM tu tak ke hampa?
tiga : instead of serving you kuih and air botol, aku nak masak2 juga.y? u ask? sebab kau datang dari jauh bongok! o tujuan kau nak melawat aje ke? erm aku ada hadap sopan bila orang bertandang..something that you should learn alooooong time ago.
empat : i dont like suprise visit unless its my birthday and the visit is part of the suprise party
lima : i dont like you and if you call before datang I CAN RUN away daa!

tapi asasnya tolonglah ada pemberitahuan kepada tuan rumah sebelum datang, jangan susahkan tuan rumah. selain tu kalau kau call sebelum datang aku boleh sediakan diri/rumah/foods dan macam macam lah.

besok kalau aku dah ada rumah sendiri. sesapa datang un-announce siap! makan kuih and mineral water.nasib. kalau ada . mungkin tap water je aku bagi kau. unfiltered!

** rules tak tertakluk kepada :
kanak kanak liar datang beraya
mak bapak sendiri **adik beradik 50/50
jiran sebelah/depan/belakang rumah
boss tempat kerja *kang kena pecat lak kang
posmen sebab dia hantar surat la bodo!








Thursday, September 17, 2009

Selamat berhari raya

salam aidilfitri buat semua. semoga dapat lagi berpuasa tahun tahun berikutnya.

Wednesday, September 02, 2009

bodoh pisang..eh bodoh piang lah

pada 30/8/2009 tengah sedap sedap mata ini menonton wayang gambar.telefon berbunyi.ah ada sms masuk lah.malas betul nak baca.mata tgh layan ni. tak daya.sms dibaca juga.lebih kurang."esok pakai baju kaler itam.sambutan merdeka.parlimen.protes.lalalala"
terus dalam masa dua saat..(selalu sesasaat tk sampai boleh proses dah.puasa lah) terus terfikir.

kebodohan apa ni?jenis bodoh apa ni?ini kan sambutan merdeka.hari lahirnya Malaysia.cuba masa ko sambut majlis sambutan doa ulang tahun kelahiran kau (mereka ni so-called islamic..tak potong kek..potong pulut kuning je) ada satu group manusia lain buat parti liar tepi/depan rumah kau?apa rasa kau?eh salah..apa kau rasa?sedap.suka.gelihati?

inilah namanya bodoh tak hengat!piang2 bodoh.dah la takder nak contribute apa apa pada hari merdeka. nak buat pasal pulak. bongok.macam kucing aku yg panjat pokok tapi tak pandai turun.nak di tolong.dicakarnya pulak.

p/s : hari lahir aku pun ogos juga.
p/s 2 : kucing aku turun sendiri itupun sebab dia dah lapar dan selepas aku kutuk2 dia

Tuesday, August 25, 2009

mencarut versi puasa

ada sebab nak marah dan bila marah kena lah mencarut..tapi demi menghormati puasaku ini terimalah carut2 versi mulia sikit :

persetubuhan
haiwan najis mughallazah berhidung penyet
haiwan najis mughallazah badan berbulu
alat sulit lelaki wanita serta nama nama variasinya
alat sulit wanita wanita serta nama nama variasinya
anak yang tidak boleh dibinkan kepada bapanya
nasib malang