Showing posts with label punk melayu. Show all posts
Showing posts with label punk melayu. Show all posts

Friday, July 24, 2009

Hukuman yang menyeronokkan

Setiap hari bila ada kes masalah pelajar bermasalah di akhbar hukuman yang aku dengar mereka dikenakan adalah gantung sekolah atau dibuang sekolah. tidakkah ada hukuman lain? selain itu dan henry gurney? pada aku..ya pada aku, jenis pelajar yang ada masalah dan diberi hukuman serupa itu bagai menuang garam dilaut. pelajar jenis ini tak suka ke sekolah dan di gantung atau dibuang sekolah semacam lesen besar untuk bergembira.

jika difikirkan, bila digantung atau dibuang sekolah peluang pembelajaran pelajar bermasalah ini akan tambah teruk lagi. sudahlah ada masalah belajar disekolah, ditambah pula tidak dibenar hadir belajar tidakkah ini hanya menambah masalah dari menyelesaikannya?

seeloknya pada aku, ya sekali lagi pada aku.mereka ini tak dibuang atau digantung sekolah bahkan diwajibkan bersekolah tanpa gagal sepanjang tahun. sewaktu cuti sekolah mereka mesti datang kesekolah biarpun orang lain sedang menikmati cuti penggal. kerana apa?

mereka mereka ini ada masalah menumpukan perhatian dan suka menimbulkan masalah.dan kadang kadang saiz kelas terlalu besar dan mereka ini perlu diberi perhatian lebih. maka itu jika diberi kelas pada cuti penggal sebagai ganti hukuman gantung/buang sekolah boleh menjadi manafaat besar kepada pelajar pelajar ini.

tetapi hairan kenapa sebaliknya yang berlaku? aku rasa inilah kelemahan sistem pendidikan malaysia. siapa yang akan membetulkannya? ini hanyalah pendapat busuk dari blog ini tak tahu siapa yang akan ambil pedulil.